untuk perempuan khususnya(lelaki pun boleh)

lama gila x update!!

cantik ayat..hehe..assalamualaikum..=)
semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera, diberkati Allah SWT. Alhamdulillah,dalam banyak banyak masa yang terluang, ini lah masanya yang tiba -tiba terfikir nak 'update' blog ni.selagi lagi alhamdulillah kerana kita masih lagi Islam dan beriman.Semoga dalam perlindungan Allah sampai bila-bila insyaAllah..

OK! to our topic!=)

(tulisan ini bercakap kepada diri si penulis)
---------

sebagai seorang perempuan(lelaki pun sama) yang lahir ke dunia ini 'through' ibu dan ayah, seharusnya keutamaan diberikan kepada mereka, jika diikutkan carta keutamaan, ibu ayah menduduki tangga teratas sekali! selepas itu barulah adik beradik dan sterusnya orang2 lain.apatah lagi kawan-kawan yang dianggap lebih dari kawan.memang sangat bawah kedudukan carta mereka!

untuk perempuan khususnya, perlu diingatkan perbezaan anak perempuan dan anak lelaki, tidak kisahlah anak perempuan itu berperangai seperti lelaki,ganasnya,percakapannya,tetapi dia masih seorang anak perempuan. Anak perempuan kena ingat, luangkanlah SEPENUH masa bersama ibu ayah selagi mana termampu,kerana apa?

kerana selepas anda berkahwin,siapa yang anda ikut? suami.. waktu itu, ibu ayah perlu melepaskan anak perempuan kepada suami yang sudah pun memilikinya. waktu itu....

ibu ayah: sedihnya,nak lepaskan anak perempuan...cukup ke apa yg kami bagi selama ni untuk dia, entah balik rumah entah tidak la tu nanti... harap2 nanti jenguk2 la kita kat sini...lagi satu ,tolong jaga anak mak elok-elok ye..

kalau anda berumur bawah 17 tahun,mungkin tidak nampak kepentingan tersebut, tapi saya rasa, jika sudah masuk ke alam dewasa,selepas SPM,sudah masuk ke pengajian tinggi dan seterusnya.. jika tidak terfikir,saya nasihatkan, fikir2kanlah, waktu selepas SPM sehingga tamat belajar, waktu itu,ibu ayah( terutama ibu) sudah pun terfikir kemana anak2 mereka hendak pergi (terutamanya anak perempuan), ada lagi atau tidak waktu dengan anak2,mungkin selepas ini sibuk? sibuk dengan kerja,sibuk dengan anak sendiri,sibuk dengan suami,sibuk segala sibuk..

apatah lagi jika anak2 itu belajar di luar negara?(lelaki dan perempuan)
bila balik negara sendiri,duduk dirumah..bagus..tapi..

-duduk bilik kunci pintu
-tidur
-keluar dengan kawan2 lebih dari ibu ayah!
dan macam2 lagi..

untuk lelaki,tanggungjawab kita sangat besar,dulu,sekarang,akan datang dan selamanya,kerana kita ketua..jika wanita senang masuk syurga dan senang masuk neraka..lelaki pun sama, ia kerana AMANAH lelaki sangat besar. kenal lah siapa anda,lelaki dan perempuan.bila kenal diri,anda kenal orang lain.

ibu ayah,rindu anak-anak mereka..comfortkan mereka..semoga kita menjadi anak soleh solehah,semoga anak cucu kita juga berbuat baik kepada kita nanti..semoga dihindari keburukan dunia daripada jin dan manusia..semoga Allah bersama-sama kita..ameen =)