kawan itu sampai syurga

kawan itu sampai syurga.

berkawan biar beribu,bercinta biar satu.betul.

kalau yang kahwin lebih dari satu?bercinta lebih dari satu? ke macam mane? x tahu....=)
ke cinta yang satu tu cinta Allah?
Dia satu kan?tiada yang sama kan?
apa2 pun cinta Allah itu memang satu,cinta manusia ikut yang mampu,mungkin satu itu yang terbaik,siapa yang tahu? anda yang tahu! kerana anda lah penentu=)

mengenai kawan,

berkawanlah dengan semua orang.ada orang cakap,kena pandai pilih kawan.betul. pandailah pilih kawan kerana kawan itu lah cermin diri kita.kawan dengan penjual minyak wangi,dapatlah wangi dia.berkawan dengan tukang besi,dapat bau besi.

berkawan dengan orang yg suka study? dapatlah sikit2 apa yang dia study...kot...

berkawanlah dengan semua orang. kerana dengan itu,kita tahu siapa kita,dunia ini bukan sahaja apa yang kita lihat,bukan sahaja apa yang kita rasa,tetapi,dunia ini dilihat dan dirasa oleh orang2 lain,kawan2 kita dan seadanya=)

juga,berkawan beerti kita belajar mengenal dan belajar beradab.orang yang kurang ajar,selalunya,tidak ramai kawan,bukan sebab dia kurang ajar, tetapi dia kurang bergaul,belum lagi kenal diri dan dunia.perkara yang kawan kita suka,kita buat.. mana2 yang tidak,kenapa perlu buat? atau kita ini tergolong dalam kawan2 yang kurang ajar? mungkin...ya atau tidak..

beradab lah dengan kawan2 dan orang2 sekeliling kita, bergurau ada batasnya,batasnya ialah, bila dia tidak suka,itulah batasnya=)

kerana apa?kerana kawan membawa ke syurga..

------------------------------------

p/s:
owh! bola tadi seri..tapi score!alhamdulillah! yeay!=D
team DBZ all d best!