ZAKAT N PUASA

Somehow i just realize that we as a muslim supposely must not have someone who are called 'merempat' or what so ever, i didnt mean it is rude to say that, its just we suppose not to have a poor people n so on coz we are MUSLIM, if we trully inspire on the meaning of zakat n puasa, we know that its not all about hablu minaAllah(relation with Allah) BUT its hablu minannas(relation with human) as well. "the hand above is better than below", seems we suppose to help our people ( i mean muslim ) in what ever things denying from what races we are, from which party we are s long s we are muslim, we have our responsibility towards it. if we do have faith, ISLAM, then show to the world that islam is the BEST, prove that the ISLAM is the right path, if we dont do our best to do it, then we are just a muslim ONLY, we are not BERIMAN to ALLAH n so as the other 5 rukun iman,think bro!

this is an article from BH;
Johor: 3 beranak merempat di bilik kecil

MUAR: Kesempitan hidup yang dialami sejak kematian suami, menyebabkan seorang ibu tunggal, Asmah Roslan, 53, terpaksa tinggal di bilik kecil bersama dua anak lelakinya, di belakang bangunan gerai di Kampung Batu 15, Air Hitam, di sini, sejak 10 tahun lalu.
Beliau berkata, sejak kematian suami, Mohd Nor Sukar, pada 1989, dia terpaksa mencari nafkah bagi menyara dua anak lelakinya Mohd Yusof, 17, dan Mohd Fahrurazi, 12, dengan berniaga makanan dan minuman ringan di gerai pihak berkuasa tempatan (PBT) di kampung itu.
"Purata keuntungan yang diperoleh antara RM300 hingga RM350 sebulan. Dengan pendapatan sebanyak itu, bukan saja tidak mencukupi untuk menyara keluarga, tetapi tidak membolehkan kami menabung untuk mendirikan rumah," katanya, ditemui di bilik penginapannya, di Air Hitam, di sini, semalam.

Asmah berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada memberi bantuan persekolahan dua anaknya sebanyak RM200 sebulan, sejak Mei tahun lalu.
Bagaimanapun, katanya, dia bimbang, separuh daripada bantuan itu akan dipotong kerana anaknya yang tua, Mohd Yusof, kini sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mohd Fahrurazi, pula belajar di Tahun Enam, Sekolah Kebangsaan Batu 15 Air Hitam. Asmah berharap masalah kesempitan hidup yang dialaminya itu, mendapat perhatian pihak berkuasa, termasuk memperuntukkan sebuah rumah di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).


Beliau yang berasal dari Kampung Parit Haji Anuar, Air Hitam, mendakwa pernah memohon mendapatkan rumah di bawah PPRT tetapi sehingga kini masih belum diberi perhatian.
Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Haji Anuar, Anas Jaafar, berkata pihaknya akan membincangkan masalah dihadapi keluarga Asmah dalam mesyuarat JKKK kampung itu, Sabtu ini.