dari dalam diri-3

Labbaik Allah Humma Labbaik,
Labbaik ala Shareeka laka Labbaik,
Innil Hamda,
Wan Ni’mata,
Laka wal Mulk,
Laa Shareeka Lak,
^^

alhamdulillah~Allah telah memperkenankan doa ibu dan abahku,
insyaAllah 9 Nov ny,
akan ke tanah suci Mekah,
menjadi tetamu Allah yang Maha Agung,

pemergian itu bukan satu perpisahan atau kesedihan,
tetapi satu anugerah,
kepada insan yang terpilih,

sememangnya bukanlah senang jika hati ini,
untuk tidak menyatakan,
beratnya pemergian ini,

sungguh,
ego anak itu tergadai apabila ia berjauhan,
tapi tidak mengapa,
amin tahu pemergian itu,
pemergian suci,

insyaAllah,
dipermudah urusan,
diperkenan doa,
selamat pergi dan pulang,

-----------------------------------------------------------------------------------

byk list2 doa yg amin nk mintak,^^
  1. doakan kita sekeluarga n family2 lain diberkati umur
  2. diampun dosa2 sedar atau x sedar
  3. dipermudah urusan dunia dan akhirat
  4. cemerlang dalam pelajaran dan masa hadapan(ehem~)
  5. diberatkan mizan dengan pahala n dikurangkan dosa
  6. permudah laluan sirat mustaqim
  7. diambil buku catatan dengan tangan kanan dan penuh kegembiraan
  8. bertemu Allah dalam redha
----------------------------------------------------------------

"yaAllah, hanya Engkau sahaja yang mengetahui hatiku ini,
betapa gembira bercampur sedih sedang aku lalui,
tabahkan hatiku,hati adik2ku, ibu dan abahku,
biarlah airmata yang mengalir ini airmata yang gugur dari kasihnya kami sesama kami,
biarlah sakitnya perpisahan itu dari redhanya hati ini,
kuatkanlah kami,tabahkanlah kami, perkenankan doa kami,
sungguh,Engkau maha pemurah,pengasih,penyayang,pengampun dan berkuasa atas sesuatu,
kepadaMu kami berserah setelah kami berusaha,
Engkau hanya satu2nya tempat bergantung kami,
tiada lain selain Engkau ya Allah~" Amin~ ya Allah~ya Rabbal A'lamin~ huhu