LELAKI-MAN


LELAKI-MAN
man! do u have gut?? i got it from friendster,yah, truly amazing that we as a man, as protector, as a leader, didnt realize these things,so shame of us!for ISLAM, our faith, do something or else u'll be asked for what u've done before.
Dulu,
Bila disebut lelaki, Wanitanya mendongak megah, Lelaki kami Asadullah, Saifullah, Tokoh ramai tak terkira, Kini, Bila disebut lelaki, Wanitanya menunduk lemah, Tokoh kami sedikit sekali, Ramainya, boneka Yahudi.
Dulu,
Bila disebut lelaki, Wanitanya tenang di hati, Lelaki kami menjaga, melindungi, Kini, bila disebut lelaki, wanitanya mula cabut lari, lelaki pengkhianat, perogol bersiri.
Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya, Sepasukan kuda putih membela, Al - Mu'tasim kebanggaan wanita, Kini, Ribuan wanita suci dipenjara, Fatimah diperkosa minta dibela, Lelaki tunduk x bertenaga.
Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya, Lelaki memagari sehabis daya, Tiada siapa berani menggoda. Kini, Bila wanita di bawah jagaannya, Lelaki tak kisah auratnya terbuka, Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah, Kental berjihad, tekun berdakwah, Kini, Lelaki hanya menyanjungi sejarah, Diri bermalasan tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuang deen dan ummah, Al - Farouq , Zunurain mati terbunuh, Kini, Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya, Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh, Angkatannya kuat dan teguh, Kini, Lelakinya berpuak dan berpecah, Kembalilah lelakiku!! Pada kelakian mu,Kembalilah lelakiku!!Kami rindukan lelaki dulu,Kembalilah lelakiku!!Acuan madrasah rasul.